Posts

Showing posts from July, 2025

Contoh Resume Internship – Simple, Ringkas & Nampak Profesional

  Mohon Internship? Jangan Hantar Kosong Je, Biar Resume Bercakap Ramai pelajar nak mohon internship tapi tak tahu macam mana nak buat resume. Ingat, walaupun internship cuma latihan praktikal — resume tetap penting. Itulah first impression yang majikan akan tengok sebelum dia decide nak ambil kau atau tak. Kau mungkin tak ada pengalaman kerja, tapi resume boleh tunjuk: Apa yang kau belajar Skill yang kau ada Aktiviti / projek yang pernah kau buat Dan paling penting, sikap kau yang bersedia untuk belajar Apa Patut Ada Dalam Resume Internship? Berikut antara bahagian penting dalam resume mohon internship: 1. Maklumat Diri Nama penuh No telefon Emel aktif Lokasi 2. Ringkasan Diri Tulis 2–3 ayat ringkas: kau belajar apa, minat apa, dan kenapa mohon intern Contoh: “Pelajar diploma perakaunan tahun akhir yang berminat dalam pengurusan kewangan. Sedang mencari peluang internship untuk menambah pengalaman sebenar di industri.” 3. Pendidikan ...