Contoh Resume Internship – Simple, Ringkas & Nampak Profesional
Mohon Internship? Jangan Hantar Kosong Je, Biar Resume Bercakap
Ramai pelajar nak mohon internship tapi tak tahu macam mana nak buat resume.
Ingat, walaupun internship cuma latihan praktikal — resume tetap penting.
Itulah first impression yang majikan akan tengok sebelum dia decide nak ambil kau atau tak.
Kau mungkin tak ada pengalaman kerja, tapi resume boleh tunjuk:
-
Apa yang kau belajar
-
Skill yang kau ada
-
Aktiviti / projek yang pernah kau buat
-
Dan paling penting, sikap kau yang bersedia untuk belajar
Apa Patut Ada Dalam Resume Internship?
Berikut antara bahagian penting dalam resume mohon internship:
1. Maklumat Diri
-
Nama penuh
-
No telefon
-
Emel aktif
-
Lokasi
2. Ringkasan Diri
-
Tulis 2–3 ayat ringkas: kau belajar apa, minat apa, dan kenapa mohon intern
-
Contoh: “Pelajar diploma perakaunan tahun akhir yang berminat dalam pengurusan kewangan. Sedang mencari peluang internship untuk menambah pengalaman sebenar di industri.”
3. Pendidikan
-
Nama institusi
-
Nama kursus / program
-
Tahun belajar
-
CGPA (kalau okay)
4. Kemahiran
-
Contoh: Microsoft Excel, Canva, AutoCAD, PowerPoint, komunikasi
-
Letak ikut yang berkaitan dengan bidang yang kau mohon
5. Aktiviti / Projek / Jawatan
-
Projek subjek
-
Jawatan dalam kelab / persatuan
-
Aktiviti luar (kem, bengkel, program universiti)
6. Bahasa
-
BM – Fasih
-
BI – Baik
-
Bahasa lain (jika ada)
Tips Biar Resume Internship Kau Nampak Profesional
-
Guna satu muka surat je
-
Elakkan design pelik – keep it clean
-
Gunakan bullet point, bukan ayat berjela
-
Simpan dalam format PDF
-
Semak ejaan dan susunan – jangan nampak main buat
Bila Hantar Resume, Jangan Kosong
Kalau hantar resume melalui emel atau WhatsApp, tulis intro sikit.
Contoh:
“Salam sejahtera, saya pelajar [nama kursus] dari [nama institusi] dan ingin memohon tempat internship di syarikat tuan. Resume saya dilampirkan untuk rujukan. Terima kasih atas pertimbangan.”
Penutup: Internship Bukan Sekadar Latihan – Ia Permulaan
Internship mungkin bukan kerja tetap, tapi dari situ boleh buka jalan. Majikan boleh nampak attitude, cara kerja dan potensi kau.
Jadi jangan main-main bila buat resume. Biar ringkas, tapi kena padu.
Tak pasti nak mula? Biar kami yang tolong anda buatkan resume anda.
Kami susun elok-elok, ikut bidang dan skill yang kau ada.
Klik sini untuk dapatkan bantuan resume internship:
https://mylink.la/bantuanek
Comments
Post a Comment